Monday, March 23, 2015

Tulis nama atas batu eh atas sapu tangan hahaa

Masa zaman kanak-kanak dulu memang famous lagu ni. Skrip penuh tak hafal. Siapa nyanyi pun tak ingat, tapi tang "tulis nama atas batu"  tak boleh lupa heheh...

Hari ni nak share beberapa gambar latest projek ekspres rakyat sulam nama atas sapu tangan. Setiap sapu tangan adalah unik. 36 helai semuanya. 36 helai nama kawan 1 kelas. Hadiah untuk kawan-kawan sempena hari jadi. Untung la kawan2 tuuuu. Dapat sapu tangan siap nama sendiri.





Comel kan. 

Sapu tangan 100% cotton serap air &  tebal.  Sapu tangan ni saiz 12" x 12", agak besar sedikit berbanding sapu tangan murah saiz 10 inci (Kami tak sulam atas fabrik yang murah kerana lebih banyak reject je nanti. Kain mudah pecah) 

Nak tempah untuk satu kelas juga?  Kami juga pernah sulam seperti ini untuk penghuni rumah kebajikan dll. 
Tempahan seperti ini biasanya hanya RM5. Harga termasuk sapu tangan! Murah & berbaloi-baloi! 
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.