Thursday, November 19, 2015

Sulam tuala kenangan perpisahan Tahun 6 berserta nama pelajar


Setiap kali hujung tahun memang sibuk dengan tempahan tuala atau sapu tangan kenangan perpisahan. Kali ini kami terima tempahan dari sekolah KAFA pula. Order last minute yang ergghhh berhempas pulas nak disiapkan  uhuhuu.
Akhirnya alhamdulillah tepat jam 12.20 tengah malam hari terakhir persekolahan 2015 siap juga 50 helai tuala sulam ni. Seperti biasa kami menggunakan tuala 100% cotton yang berkualiti. Saiz tuala kanak2 ini ialah 25 inci x 50 inci. Tebal kainnya. Berat tuala ini antara 350g hingga 450g.
Selain tuala yang berkualiti, kami juga menawarkan kepada ustazah untuk sulam nama pelajar atas tuala tu. Maklumlah tahun depan mungkin ada yang masuk asrama, pastilah tuala yang ada nama 'panjang sikit umurnya'  In sya Allah.

Ok selamat bercuti ye anak2 semua. Manfaatkan masa yang ada tau.

Friday, September 4, 2015

Selamat Datang ke Sulamista

Assalamualaykum & Selamat Sejahtera,

Selamat datang ke Sulamista. Blog ini untuk peminat sulam. Segala berkaitan sulam kita himpun kat sini ye!!!

Perkataan sulamista merupakan gabungan sulam dan ista yang bila digabungkan bermakna:
fahaman sulam atau fanatik sulam!
Kalau anda suka blog ini bermakna anda juga sudah mempunyai ideologi sulam di minda anda!

Pada asalnya kami guna nama jarum.air.mata. Tapi sekarang sudah tukar :) Inilah anjakan paradigma!

Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

Jumpa lagi!

Monday, March 23, 2015

Tulis nama atas batu eh atas sapu tangan hahaa

Masa zaman kanak-kanak dulu memang famous lagu ni. Skrip penuh tak hafal. Siapa nyanyi pun tak ingat, tapi tang "tulis nama atas batu"  tak boleh lupa heheh...

Hari ni nak share beberapa gambar latest projek ekspres rakyat sulam nama atas sapu tangan. Setiap sapu tangan adalah unik. 36 helai semuanya. 36 helai nama kawan 1 kelas. Hadiah untuk kawan-kawan sempena hari jadi. Untung la kawan2 tuuuu. Dapat sapu tangan siap nama sendiri.





Comel kan. 

Sapu tangan 100% cotton serap air &  tebal.  Sapu tangan ni saiz 12" x 12", agak besar sedikit berbanding sapu tangan murah saiz 10 inci (Kami tak sulam atas fabrik yang murah kerana lebih banyak reject je nanti. Kain mudah pecah) 

Nak tempah untuk satu kelas juga?  Kami juga pernah sulam seperti ini untuk penghuni rumah kebajikan dll. 
Tempahan seperti ini biasanya hanya RM5. Harga termasuk sapu tangan! Murah & berbaloi-baloi! 
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

Monday, February 16, 2015

Proses sulam dari komputer ke mesin sulam

Menyulam memang menyeronokkan. Ramai yang menyangka sulam menyulam ni senang sahaja. Hakikatnya ia agak rumit dan perlukan kemahiran. Banyak masa diperlukan untuk belajar. Ia perlukan kesabaran dan ketekunan. Dan lebih mencabar lagi ia memerlukan MODAL yang besar untuk membeli mesin sulam serta bahan-bahan pakai habis. Jangan lupa bahawa sulam komputer juga memerlukan Software. Maksudnya, kos. Design juga perlu dibeli. Kos lagi!
Berikut beberapa draf design sulaman yang dibuat di komputer yang kemudiannya 'direalisasikan' di alam nyata :)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.






Thursday, January 29, 2015

Testimoni pelanggan

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, kami sentiasa menerima testimoni positif. Alhamdulillah juga kerana semua tempahan yang perlu dihantar secara pos selamat sampai ke tangan tuannya. Pujian untuk Pos Malaysia terutamanya kerana 'hari ini pos, satu malam sampai'  :)







...dan banyak lagi. Sebenarnya pelanggan utama kami ialah kawan2, saudara-mara & jiran tetangga. Alhamdulillah mereka sentiasa berpuas hati. Dah jadi viral pulak <3

 Gambar ni semua kami punya. Dilarang curi!
(maaf dalam dunia digital ada sahaja yang salah guna gambar orang lain)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.