Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

PERCUMA design sulam Selamat Hari Guru 2016


Sempena hari guru 2016, kami ingin kongsikan design sulam Selamat Hari Guru 2016. Ia sesuai untuk pengguna mesin sulam dengan hoop 4 inci seperti Brother NV 950 dll.
Kami sediakan pelbagai format seperti PES (mesin Brother), JEF (mesin  Janome) dll.
Fail sulam ini kami design sendiri. Ia telah di 'enhance' kan supaya sesuai untuk sulaman atas tuala & sapu tangan. Ia juga sesuai untuk disulam atas beg, kain felt, foam dsb.

Cantik kan! Cantik kan!!!

Untuk mendapat fail design ini secara percuma, sila tinggalkan comment dengan alamat emel yang valid. In sya Allah kami akan emelkan kepada anda fail tersebut.


Monday, January 11, 2016

Harga Tuala Sulam

Ahah! Ini persoalan penting.
"Berapa harga?", "Boleh PM harga?", "Kalau macam ni berapa ringgit?", "Harga pukal ada diskaun tak?" dan macam-macam lagi.

Sebenarnya kami tak dapat nak bagi harga tetap bagi sesuatu tempahan. Tak boleh ada 1 harga untuk semua tempahan. Sebabnya, setiap tempahan adalah berbeza. Ada yang nak wording panjang, ada yang nak tulisan besar, ada yang nak gambar kartun, ada yang nak tempah untuk lebih 100 orang, ada yang nak cepat, ada yang nak kena pos dan macam-macam lagi.

Cara penentuan harga sebenarnya bergantung pada fabrik dan jumlah stitches, iaitu jumlah mata jahitan.
Kadar biasa yang digunakan oleh tukang sulam di Malaysia ialah RM1 bagi setiap 1000 stitches. Murah tu.

Tapi bila pelanggan tanya harga, rumit nak jelaskan pasal stitiches ni, maka kami letak harga anggaran yang biasanya lebih rendah daripada harga per 1000 stitches.

Berikut ditunjukkan contoh harga bagi beberapa jenis fabrik & design. Harga tidak termasuk kos pos. Harga boleh berubah bergantung pada perubahan harga fabrik, perbezaan teks, perbezaan jenis dan saiz font, perbezaan design, perbezaan kuantiti dsb.
Kos pos biasanya RM6 bagi 500gm pertama, iaitu lebih kurang berat satu helai tuala dewasa.
Harga yang ditunjukkan adalah sebagai panduan kasar sahaja. 
Semua tuala, sapu tangan dan seumpamanya adalah dari jenis 100% cotton, serap air & high quality.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

ST 01
SAPU TANGAN saiz 12 inci x 12 inci
Sulam nama/teks sahaja, font saiz kecil, maksimum 10 huruf.
RM 4





TK 01
TUALA KECIL saiz 20 inci x 12 inci 
Sulam teks/nama sahaja, font saiz kecil & sederhana, kira-kira 10 perkataan.
RM 10




TB 01
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama sahaja dengan font saiz besar & decorative letter. 
RM 24



TB 02
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design ringkas. 
RM 30




TKK 01
TUALA KANAK-KANAK saiz 24 inci x 48 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design. 
RM 38




TDHQ 01
TUALA DEWASA (high quality) saiz 27 inci x 54 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design applique. 
RM 42




TDP 01
TUALA DEWASA PREMIUM (very high quality) saiz 27 inci x 54 inci
[sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, hadiah ibu bapa & kegunaan sendiri]
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design. 
RM 45




Thursday, January 29, 2015

Testimoni pelanggan

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, kami sentiasa menerima testimoni positif. Alhamdulillah juga kerana semua tempahan yang perlu dihantar secara pos selamat sampai ke tangan tuannya. Pujian untuk Pos Malaysia terutamanya kerana 'hari ini pos, satu malam sampai'  :)







...dan banyak lagi. Sebenarnya pelanggan utama kami ialah kawan2, saudara-mara & jiran tetangga. Alhamdulillah mereka sentiasa berpuas hati. Dah jadi viral pulak <3

 Gambar ni semua kami punya. Dilarang curi!
(maaf dalam dunia digital ada sahaja yang salah guna gambar orang lain)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

Monday, October 13, 2014

Dompet duit belanja sekolah bersulam nama

Dua tiga hari ni melayan anak-anak dengan buat dompet duit bersulam nama.  Bila anak bawa ke sekolah ada pula yang berkenan nak tempah.  Lawak pula bila elok je habis sulam anak kata, "mak,  nama dia Hana,  bukan Hani. Alahai
Ada yang berminat nak tempah? Comel sangat ni. Boleh jadikan hadiah perpisahan atau tanda ingatan  Maklumlah musim sekolah tahun ini sudah di penghujung.
Saiz 4 inci x 4 inci.  Sesuai dengan poket baju anak.





Dompet duit belanja sekolah bersulam nama ni sesuai untuk anak sekolah. Siap gross grain ribbon supaya boleh gantung di pergelangan tangan dengan kemas sewaktu membeli makanan di kantin. 

Dompet bersaiz kira-kira 4 inci x 4 inci. Zip berkualiti dan mempunyai kepala besar. Senang nak buka tutup dompet dan boleh gantung key chain pula. Fabrik bahagian luar daripada 100% cotton, ada yang daripada US cotton designer, ada juga dari Taiwan dll. 

Bahagian dalam ada lapisan cotton corak lain pula. 



Dompet warna oren di atas guna kain felt, tapi dompet felt saya tak buat dah. Cepat berbulu. Hati pun berbulu je tengok!


Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini sila PM di page fb: Sulamista