Showing posts with label tuala. Show all posts
Showing posts with label tuala. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

PERCUMA design sulam Selamat Hari Guru 2016


Sempena hari guru 2016, kami ingin kongsikan design sulam Selamat Hari Guru 2016. Ia sesuai untuk pengguna mesin sulam dengan hoop 4 inci seperti Brother NV 950 dll.
Kami sediakan pelbagai format seperti PES (mesin Brother), JEF (mesin  Janome) dll.
Fail sulam ini kami design sendiri. Ia telah di 'enhance' kan supaya sesuai untuk sulaman atas tuala & sapu tangan. Ia juga sesuai untuk disulam atas beg, kain felt, foam dsb.

Cantik kan! Cantik kan!!!

Untuk mendapat fail design ini secara percuma, sila tinggalkan comment dengan alamat emel yang valid. In sya Allah kami akan emelkan kepada anda fail tersebut.


Monday, January 11, 2016

Harga Tuala Sulam

Ahah! Ini persoalan penting.
"Berapa harga?", "Boleh PM harga?", "Kalau macam ni berapa ringgit?", "Harga pukal ada diskaun tak?" dan macam-macam lagi.

Sebenarnya kami tak dapat nak bagi harga tetap bagi sesuatu tempahan. Tak boleh ada 1 harga untuk semua tempahan. Sebabnya, setiap tempahan adalah berbeza. Ada yang nak wording panjang, ada yang nak tulisan besar, ada yang nak gambar kartun, ada yang nak tempah untuk lebih 100 orang, ada yang nak cepat, ada yang nak kena pos dan macam-macam lagi.

Cara penentuan harga sebenarnya bergantung pada fabrik dan jumlah stitches, iaitu jumlah mata jahitan.
Kadar biasa yang digunakan oleh tukang sulam di Malaysia ialah RM1 bagi setiap 1000 stitches. Murah tu.

Tapi bila pelanggan tanya harga, rumit nak jelaskan pasal stitiches ni, maka kami letak harga anggaran yang biasanya lebih rendah daripada harga per 1000 stitches.

Berikut ditunjukkan contoh harga bagi beberapa jenis fabrik & design. Harga tidak termasuk kos pos. Harga boleh berubah bergantung pada perubahan harga fabrik, perbezaan teks, perbezaan jenis dan saiz font, perbezaan design, perbezaan kuantiti dsb.
Kos pos biasanya RM6 bagi 500gm pertama, iaitu lebih kurang berat satu helai tuala dewasa.
Harga yang ditunjukkan adalah sebagai panduan kasar sahaja. 
Semua tuala, sapu tangan dan seumpamanya adalah dari jenis 100% cotton, serap air & high quality.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

ST 01
SAPU TANGAN saiz 12 inci x 12 inci
Sulam nama/teks sahaja, font saiz kecil, maksimum 10 huruf.
RM 4





TK 01
TUALA KECIL saiz 20 inci x 12 inci 
Sulam teks/nama sahaja, font saiz kecil & sederhana, kira-kira 10 perkataan.
RM 10




TB 01
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama sahaja dengan font saiz besar & decorative letter. 
RM 24



TB 02
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design ringkas. 
RM 30




TKK 01
TUALA KANAK-KANAK saiz 24 inci x 48 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design. 
RM 38




TDHQ 01
TUALA DEWASA (high quality) saiz 27 inci x 54 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design applique. 
RM 42




TDP 01
TUALA DEWASA PREMIUM (very high quality) saiz 27 inci x 54 inci
[sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, hadiah ibu bapa & kegunaan sendiri]
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design. 
RM 45




Thursday, November 19, 2015

Sulam tuala kenangan perpisahan Tahun 6 berserta nama pelajar


Setiap kali hujung tahun memang sibuk dengan tempahan tuala atau sapu tangan kenangan perpisahan. Kali ini kami terima tempahan dari sekolah KAFA pula. Order last minute yang ergghhh berhempas pulas nak disiapkan  uhuhuu.
Akhirnya alhamdulillah tepat jam 12.20 tengah malam hari terakhir persekolahan 2015 siap juga 50 helai tuala sulam ni. Seperti biasa kami menggunakan tuala 100% cotton yang berkualiti. Saiz tuala kanak2 ini ialah 25 inci x 50 inci. Tebal kainnya. Berat tuala ini antara 350g hingga 450g.
Selain tuala yang berkualiti, kami juga menawarkan kepada ustazah untuk sulam nama pelajar atas tuala tu. Maklumlah tahun depan mungkin ada yang masuk asrama, pastilah tuala yang ada nama 'panjang sikit umurnya'  In sya Allah.

Ok selamat bercuti ye anak2 semua. Manfaatkan masa yang ada tau.

Thursday, November 20, 2014

Tuala tangan hadiah kenangan hujung tahun

Alhamdulillah selesai pun sulam 37 helai tuala tangan yang ditempah sempena tamat sesi persekolahan 2014. 
Pilihan mereka ialah tuala tangan berwarna kuning air (cream) bersaiz 12 inci x 20 inci.  Tuala ini kami sediakan.  Ia memang lembut,  tebal & cantik.  Kami pun suka :) 


Bagi yang berminat nak tempah seperti ini tapi tertanya-tanya berapa harga,  ok harga pukal (lebih 10 helai) untuk tempahan macam ni ialah RM9 sehelai. Biasa RM10 sehelai. Harga termasuk kain 100% cotton saiz 12 x 20 inci serta sulaman lebih kurang macam atas ni. Kain tuala saiz ini dipanggil hand towel. Tapi ramai juga yang panggil tuala muka. Ia dari jenis tebal, lembut & cantik. Penghantaran percuma sekitar 10 km dari kawasan rumah saya di Sepang. 
Boleh whatsapp +60192303202

Monday, October 13, 2014

Sulam nama anak-anak rumah kebajikan atas sapu tangan

Alhamdulillah selesai projek CSR sulam nama anak-anak yatim & miskin yang menginap di sebuah rumah kebajikan di Kota Warisan,  Sepang,  Selangor. Semoga anak-anak gembira :)

Kalau berminat nak tempah sulaman macam ni boleh PM di fb kami ya.





Saturday, September 13, 2014

Tutorial Sulam Applique Atas Tuala Tebal Guna Kaedah Apung (Float)

Assalamualaikum
Ini tutorial pertama saya dalam Jarum Air Mata.
Objektif : Sulam "kami sayang Tok" saiz besar atas tuala tebal.  Sayang tu guna applique Love dari kain felt merah.

Masalah : susah nak masukkan tuala tebal dalam hoop.  Rasa macam nak patah je hoop tu.  Kalau patah kena siap la RM70 beli hoop baru. Sanggup?

Penyelesaian : Guna kaedah APUNG atau dalam bahasa Inggeris FLOAT

Peralatan diperlukan :
Mesin jahit sulam Brother nv950
Hoop besar 4 inci x 6.7 inci
Stabilizer kain cut away atau kertas tear away
(kain cut away lagi baik)
Gam kain Prym atau spray gam kain
Jarum peniti
Kain felt merah
Gunting mata halus
Tuala

Caranya:

1. Potong stabilizer, masukkan dalam hoop. Tak payah la potong besar macam dalam gambar ni ye hihii. Ini saya guna stabilizer kain cut away. Banyak jual kat kedai alat jahitan. Tanya je cakap nak beli kain gam. 1 meter dalam |RM1.50 ke RM2.00.  Tapi lebih baik lagi jika guna tear away stabilizer khas untuk sulam. Kalau terdesak boleh lah guna kertas A4 putih.


2. Spray atau tenyeh gam Prym


3. Lipat tuala di tengah, kemudian letakkan di sebelah kanan hoop. Tujuannya nak pastikan sulaman nanti betul2 di bahagian tengah. 


4. Kemudian, bentangkan keseluruhan tuala dengan berhati-hati. Pastikan ia lurus, kemas, terletak di tengah-tengah atau mana-mana lokasi yang dikehendaki.


5. Letakkan plastik larut air atau dipanggil wash away stabilizer. Dalam tutorial ni saya terdesak, guna plastik Diamond penutup makanan hihiii. 
Tujuan letak wash away stabilizer ialah supaya benang sulaman nanti akan timbul je atas tuala, tak tenggelam ke bawah sangat. 
Jangan lupa, letakkan pula jarum peniti di sekeliling hoop. Jangan letak pin di kawasan sulaman ye, karang patah pula jarum


6.Mulakan sulaman. Boleh mulakan dengan menyulam teks.



Ok,  siap pun sulam teks :)
Di sini saya guna Hoop besar 4 inci x 6.7 inci walaupun mesin hanya boleh sulam 4 inci x 4 inci sahaja.  Saya dah edit design supaya memenuhi ruang hoop besar,  jadi bila nak sulam kena lah rehoop 3 kali ikut pecahan fail Design yang dah di edit tadi.   Faham tak ni?  Tak faham? Tak tau nak explain,  kena masuk kelas la.
7. Sekarang buang plastik stabilizer sebab kita nak mula jahit Applique.  Sebut: eplike


8. Mulakan jahitan pertama applique.


9. Ambil kain atau felt merah dan tutup memenuhi ruang jahitan pertama tadi.


10. Jahit step kedua applique.


11. Ok ini step yang saya paling tak suka buat Applique.  Keluarkan hoop,  kemudian gunting felt tadi serapat-rapatnya dengan jahitan.
Kena buat dengan teliti ya.
Dapat la........

Masukkan semula Hoop dan sambung sulam applique  step 3 iaitu kemasan terakhir.

Dan..... 


Inilah hasilnya!




Alhamdulillah.

Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini boleh PM di fb kami: Sulamista

Saturday, August 30, 2014

Hadiah sulam tuala dewasa

Terima kasih jiran-jiran yang sudi tempah sulaman tuala dari saya.  Ada yang nak bagi anak,  anak saudara, guru bersara,  new born baby dll. Terima kasih daun keladi.  Alhamdulillah tumpang gembira dengan feedback positif yang diberikan. 

Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini boleh PM di fb page kami: Sulamista