Showing posts with label Embroidery. Show all posts
Showing posts with label Embroidery. Show all posts

Monday, February 16, 2015

Proses sulam dari komputer ke mesin sulam

Menyulam memang menyeronokkan. Ramai yang menyangka sulam menyulam ni senang sahaja. Hakikatnya ia agak rumit dan perlukan kemahiran. Banyak masa diperlukan untuk belajar. Ia perlukan kesabaran dan ketekunan. Dan lebih mencabar lagi ia memerlukan MODAL yang besar untuk membeli mesin sulam serta bahan-bahan pakai habis. Jangan lupa bahawa sulam komputer juga memerlukan Software. Maksudnya, kos. Design juga perlu dibeli. Kos lagi!
Berikut beberapa draf design sulaman yang dibuat di komputer yang kemudiannya 'direalisasikan' di alam nyata :)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.






Thursday, November 20, 2014

Tuala tangan hadiah kenangan hujung tahun

Alhamdulillah selesai pun sulam 37 helai tuala tangan yang ditempah sempena tamat sesi persekolahan 2014. 
Pilihan mereka ialah tuala tangan berwarna kuning air (cream) bersaiz 12 inci x 20 inci.  Tuala ini kami sediakan.  Ia memang lembut,  tebal & cantik.  Kami pun suka :) 


Bagi yang berminat nak tempah seperti ini tapi tertanya-tanya berapa harga,  ok harga pukal (lebih 10 helai) untuk tempahan macam ni ialah RM9 sehelai. Biasa RM10 sehelai. Harga termasuk kain 100% cotton saiz 12 x 20 inci serta sulaman lebih kurang macam atas ni. Kain tuala saiz ini dipanggil hand towel. Tapi ramai juga yang panggil tuala muka. Ia dari jenis tebal, lembut & cantik. Penghantaran percuma sekitar 10 km dari kawasan rumah saya di Sepang. 
Boleh whatsapp +60192303202