Ini tutorial pertama saya dalam Jarum Air Mata.
Objektif : Sulam "kami sayang Tok" saiz besar atas tuala tebal. Sayang tu guna applique Love dari kain felt merah.
Masalah : susah nak masukkan tuala tebal dalam hoop. Rasa macam nak patah je hoop tu. Kalau patah kena siap la RM70 beli hoop baru. Sanggup?
Penyelesaian : Guna kaedah APUNG atau dalam bahasa Inggeris FLOAT
Peralatan diperlukan :
Mesin jahit sulam Brother nv950
Hoop besar 4 inci x 6.7 inci
Stabilizer kain cut away atau kertas tear away
(kain cut away lagi baik)
Gam kain Prym atau spray gam kain
Jarum peniti
Kain felt merah
Gunting mata halus
Tuala
Caranya:
1. Potong stabilizer, masukkan dalam hoop. Tak payah la potong besar macam dalam gambar ni ye hihii. Ini saya guna stabilizer kain cut away. Banyak jual kat kedai alat jahitan. Tanya je cakap nak beli kain gam. 1 meter dalam |RM1.50 ke RM2.00. Tapi lebih baik lagi jika guna tear away stabilizer khas untuk sulam. Kalau terdesak boleh lah guna kertas A4 putih.
2. Spray atau tenyeh gam Prym
3. Lipat tuala di tengah, kemudian letakkan di sebelah kanan hoop. Tujuannya nak pastikan sulaman nanti betul2 di bahagian tengah.
4. Kemudian, bentangkan keseluruhan tuala dengan berhati-hati. Pastikan ia lurus, kemas, terletak di tengah-tengah atau mana-mana lokasi yang dikehendaki.
5. Letakkan plastik larut air atau dipanggil wash away stabilizer. Dalam tutorial ni saya terdesak, guna plastik Diamond penutup makanan hihiii.
Tujuan letak wash away stabilizer ialah supaya benang sulaman nanti akan timbul je atas tuala, tak tenggelam ke bawah sangat.
Jangan lupa, letakkan pula jarum peniti di sekeliling hoop. Jangan letak pin di kawasan sulaman ye, karang patah pula jarum
6.Mulakan sulaman. Boleh mulakan dengan menyulam teks.
Ok, siap pun sulam teks :)
Di sini saya guna Hoop besar 4 inci x 6.7 inci walaupun mesin hanya boleh sulam 4 inci x 4 inci sahaja. Saya dah edit design supaya memenuhi ruang hoop besar, jadi bila nak sulam kena lah rehoop 3 kali ikut pecahan fail Design yang dah di edit tadi. Faham tak ni? Tak faham? Tak tau nak explain, kena masuk kelas la.
.
7. Sekarang buang plastik stabilizer sebab kita nak mula jahit Applique. Sebut: eplike8. Mulakan jahitan pertama applique.
9. Ambil kain atau felt merah dan tutup memenuhi ruang jahitan pertama tadi.
10. Jahit step kedua applique.
11. Ok ini step yang saya paling tak suka buat Applique. Keluarkan hoop, kemudian gunting felt tadi serapat-rapatnya dengan jahitan.
Kena buat dengan teliti ya.
Dapat la........
Masukkan semula Hoop dan sambung sulam applique step 3 iaitu kemasan terakhir.
Dan.....
Inilah hasilnya!
Alhamdulillah.
Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini boleh PM di fb kami: Sulamista