Thursday, December 1, 2016

PERCUMA Design Sulam Salam Maulid al-Rasul 12 Rabiulawal 1438H 12 Disember 2016

Assalamualaykum dan selamat sejahtera teman-teman peminat sulam semua.

Kali ini saya akan kongsikan design sulam salam maulid al-Rasul bagi tahun ini yang agak unik angkanya kerana angka tahun Islam dan tahun Masehi agak bersamaan.

Design sulam ini bersaiz lebar 4 inci dan sesuai untuk mesin sulam hoop 4 inci seperti Brother NV950 dan Brother NV955 atau apa-apa mesin sulam seumpamanya.
Format fail sulam ini tidak sesuai untuk mesin Janome.

Untuk mendapatkan design ini, boleh download dengan cara klik gambar di atas.

Tawaran design percuma ini akan ditamatkan dalam masa 1 minggu.


UPDATE: LINK DOWNLOAD TELAH DITAMATKAN 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

Sunday, May 8, 2016

PERCUMA design sulam Selamat Hari Guru 2016


Sempena hari guru 2016, kami ingin kongsikan design sulam Selamat Hari Guru 2016. Ia sesuai untuk pengguna mesin sulam dengan hoop 4 inci seperti Brother NV 950 dll.
Kami sediakan pelbagai format seperti PES (mesin Brother), JEF (mesin  Janome) dll.
Fail sulam ini kami design sendiri. Ia telah di 'enhance' kan supaya sesuai untuk sulaman atas tuala & sapu tangan. Ia juga sesuai untuk disulam atas beg, kain felt, foam dsb.

Cantik kan! Cantik kan!!!

Untuk mendapat fail design ini secara percuma, sila tinggalkan comment dengan alamat emel yang valid. In sya Allah kami akan emelkan kepada anda fail tersebut.


Monday, January 11, 2016

Harga Tuala Sulam

Ahah! Ini persoalan penting.
"Berapa harga?", "Boleh PM harga?", "Kalau macam ni berapa ringgit?", "Harga pukal ada diskaun tak?" dan macam-macam lagi.

Sebenarnya kami tak dapat nak bagi harga tetap bagi sesuatu tempahan. Tak boleh ada 1 harga untuk semua tempahan. Sebabnya, setiap tempahan adalah berbeza. Ada yang nak wording panjang, ada yang nak tulisan besar, ada yang nak gambar kartun, ada yang nak tempah untuk lebih 100 orang, ada yang nak cepat, ada yang nak kena pos dan macam-macam lagi.

Cara penentuan harga sebenarnya bergantung pada fabrik dan jumlah stitches, iaitu jumlah mata jahitan.
Kadar biasa yang digunakan oleh tukang sulam di Malaysia ialah RM1 bagi setiap 1000 stitches. Murah tu.

Tapi bila pelanggan tanya harga, rumit nak jelaskan pasal stitiches ni, maka kami letak harga anggaran yang biasanya lebih rendah daripada harga per 1000 stitches.

Berikut ditunjukkan contoh harga bagi beberapa jenis fabrik & design. Harga tidak termasuk kos pos. Harga boleh berubah bergantung pada perubahan harga fabrik, perbezaan teks, perbezaan jenis dan saiz font, perbezaan design, perbezaan kuantiti dsb.
Kos pos biasanya RM6 bagi 500gm pertama, iaitu lebih kurang berat satu helai tuala dewasa.
Harga yang ditunjukkan adalah sebagai panduan kasar sahaja. 
Semua tuala, sapu tangan dan seumpamanya adalah dari jenis 100% cotton, serap air & high quality.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

ST 01
SAPU TANGAN saiz 12 inci x 12 inci
Sulam nama/teks sahaja, font saiz kecil, maksimum 10 huruf.
RM 4





TK 01
TUALA KECIL saiz 20 inci x 12 inci 
Sulam teks/nama sahaja, font saiz kecil & sederhana, kira-kira 10 perkataan.
RM 10




TB 01
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama sahaja dengan font saiz besar & decorative letter. 
RM 24



TB 02
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design ringkas. 
RM 30




TKK 01
TUALA KANAK-KANAK saiz 24 inci x 48 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design. 
RM 38




TDHQ 01
TUALA DEWASA (high quality) saiz 27 inci x 54 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design applique. 
RM 42




TDP 01
TUALA DEWASA PREMIUM (very high quality) saiz 27 inci x 54 inci
[sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, hadiah ibu bapa & kegunaan sendiri]
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design. 
RM 45