Monday, October 13, 2014

Sulam nama anak-anak rumah kebajikan atas sapu tangan

Alhamdulillah selesai projek CSR sulam nama anak-anak yatim & miskin yang menginap di sebuah rumah kebajikan di Kota Warisan,  Sepang,  Selangor. Semoga anak-anak gembira :)

Kalau berminat nak tempah sulaman macam ni boleh PM di fb kami ya.





Dompet duit belanja sekolah bersulam nama

Dua tiga hari ni melayan anak-anak dengan buat dompet duit bersulam nama.  Bila anak bawa ke sekolah ada pula yang berkenan nak tempah.  Lawak pula bila elok je habis sulam anak kata, "mak,  nama dia Hana,  bukan Hani. Alahai
Ada yang berminat nak tempah? Comel sangat ni. Boleh jadikan hadiah perpisahan atau tanda ingatan  Maklumlah musim sekolah tahun ini sudah di penghujung.
Saiz 4 inci x 4 inci.  Sesuai dengan poket baju anak.





Dompet duit belanja sekolah bersulam nama ni sesuai untuk anak sekolah. Siap gross grain ribbon supaya boleh gantung di pergelangan tangan dengan kemas sewaktu membeli makanan di kantin. 

Dompet bersaiz kira-kira 4 inci x 4 inci. Zip berkualiti dan mempunyai kepala besar. Senang nak buka tutup dompet dan boleh gantung key chain pula. Fabrik bahagian luar daripada 100% cotton, ada yang daripada US cotton designer, ada juga dari Taiwan dll. 

Bahagian dalam ada lapisan cotton corak lain pula. 



Dompet warna oren di atas guna kain felt, tapi dompet felt saya tak buat dah. Cepat berbulu. Hati pun berbulu je tengok!


Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini sila PM di page fb: Sulamista




Saturday, September 13, 2014

Tutorial Sulam Applique Atas Tuala Tebal Guna Kaedah Apung (Float)

Assalamualaikum
Ini tutorial pertama saya dalam Jarum Air Mata.
Objektif : Sulam "kami sayang Tok" saiz besar atas tuala tebal.  Sayang tu guna applique Love dari kain felt merah.

Masalah : susah nak masukkan tuala tebal dalam hoop.  Rasa macam nak patah je hoop tu.  Kalau patah kena siap la RM70 beli hoop baru. Sanggup?

Penyelesaian : Guna kaedah APUNG atau dalam bahasa Inggeris FLOAT

Peralatan diperlukan :
Mesin jahit sulam Brother nv950
Hoop besar 4 inci x 6.7 inci
Stabilizer kain cut away atau kertas tear away
(kain cut away lagi baik)
Gam kain Prym atau spray gam kain
Jarum peniti
Kain felt merah
Gunting mata halus
Tuala

Caranya:

1. Potong stabilizer, masukkan dalam hoop. Tak payah la potong besar macam dalam gambar ni ye hihii. Ini saya guna stabilizer kain cut away. Banyak jual kat kedai alat jahitan. Tanya je cakap nak beli kain gam. 1 meter dalam |RM1.50 ke RM2.00.  Tapi lebih baik lagi jika guna tear away stabilizer khas untuk sulam. Kalau terdesak boleh lah guna kertas A4 putih.


2. Spray atau tenyeh gam Prym


3. Lipat tuala di tengah, kemudian letakkan di sebelah kanan hoop. Tujuannya nak pastikan sulaman nanti betul2 di bahagian tengah. 


4. Kemudian, bentangkan keseluruhan tuala dengan berhati-hati. Pastikan ia lurus, kemas, terletak di tengah-tengah atau mana-mana lokasi yang dikehendaki.


5. Letakkan plastik larut air atau dipanggil wash away stabilizer. Dalam tutorial ni saya terdesak, guna plastik Diamond penutup makanan hihiii. 
Tujuan letak wash away stabilizer ialah supaya benang sulaman nanti akan timbul je atas tuala, tak tenggelam ke bawah sangat. 
Jangan lupa, letakkan pula jarum peniti di sekeliling hoop. Jangan letak pin di kawasan sulaman ye, karang patah pula jarum


6.Mulakan sulaman. Boleh mulakan dengan menyulam teks.



Ok,  siap pun sulam teks :)
Di sini saya guna Hoop besar 4 inci x 6.7 inci walaupun mesin hanya boleh sulam 4 inci x 4 inci sahaja.  Saya dah edit design supaya memenuhi ruang hoop besar,  jadi bila nak sulam kena lah rehoop 3 kali ikut pecahan fail Design yang dah di edit tadi.   Faham tak ni?  Tak faham? Tak tau nak explain,  kena masuk kelas la.
7. Sekarang buang plastik stabilizer sebab kita nak mula jahit Applique.  Sebut: eplike


8. Mulakan jahitan pertama applique.


9. Ambil kain atau felt merah dan tutup memenuhi ruang jahitan pertama tadi.


10. Jahit step kedua applique.


11. Ok ini step yang saya paling tak suka buat Applique.  Keluarkan hoop,  kemudian gunting felt tadi serapat-rapatnya dengan jahitan.
Kena buat dengan teliti ya.
Dapat la........

Masukkan semula Hoop dan sambung sulam applique  step 3 iaitu kemasan terakhir.

Dan..... 


Inilah hasilnya!




Alhamdulillah.

Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini boleh PM di fb kami: Sulamista

Saturday, August 30, 2014

Hadiah sulam tuala dewasa

Terima kasih jiran-jiran yang sudi tempah sulaman tuala dari saya.  Ada yang nak bagi anak,  anak saudara, guru bersara,  new born baby dll. Terima kasih daun keladi.  Alhamdulillah tumpang gembira dengan feedback positif yang diberikan. 

Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini boleh PM di fb page kami: Sulamista

Friday, August 29, 2014

Sulam biku guna large hoop.

Sulam biku?  Apa dia tu? Hihiii sama la saya pun dulu tak tahu apa dia. Rupanya sulam biku tu sulam kat lengan baju dan bahagian hujung baju macam yang selalu orang buat kat baju kurung.

Jom tengok gambar sulam biku guna large hoop bagi mesin sulam brother nv950.



Koleksi corak sulam biku ada banyak.  Lihat dalam katalog

Kalau berminat nak tempah sulaman seperti ini boleh whatsapp 0192303202 (whatsapp sahaja)