Monday, February 16, 2015

Proses sulam dari komputer ke mesin sulam

Menyulam memang menyeronokkan. Ramai yang menyangka sulam menyulam ni senang sahaja. Hakikatnya ia agak rumit dan perlukan kemahiran. Banyak masa diperlukan untuk belajar. Ia perlukan kesabaran dan ketekunan. Dan lebih mencabar lagi ia memerlukan MODAL yang besar untuk membeli mesin sulam serta bahan-bahan pakai habis. Jangan lupa bahawa sulam komputer juga memerlukan Software. Maksudnya, kos. Design juga perlu dibeli. Kos lagi!
Berikut beberapa draf design sulaman yang dibuat di komputer yang kemudiannya 'direalisasikan' di alam nyata :)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.






Thursday, January 29, 2015

Testimoni pelanggan

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, kami sentiasa menerima testimoni positif. Alhamdulillah juga kerana semua tempahan yang perlu dihantar secara pos selamat sampai ke tangan tuannya. Pujian untuk Pos Malaysia terutamanya kerana 'hari ini pos, satu malam sampai'  :)







...dan banyak lagi. Sebenarnya pelanggan utama kami ialah kawan2, saudara-mara & jiran tetangga. Alhamdulillah mereka sentiasa berpuas hati. Dah jadi viral pulak <3

 Gambar ni semua kami punya. Dilarang curi!
(maaf dalam dunia digital ada sahaja yang salah guna gambar orang lain)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

Saturday, December 20, 2014

Sulam tuala hantaran pengantin

Hujung tahun meriah dengan order orang kahwin dan orang lain kahwin :)
Ini gambar sulaman tuala premium yang akan dijadikan hantaran perkahwinan. Siap ada nama pengantin dalam applique Love. Saya letak dalam kotak yang ada window. Ini bukan macam cantik. Ini betul2 cantik!
Ada yang tempah sebagai hadiah kawan kahwin, ada yang nak jadikan hantaran sendiri kahwin hihii.
Minat nak tempah seperti ini? Hanya RM50 termasuk pos (Semenanjung Malaysia). Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.







Tuesday, November 25, 2014

BFF upsr 2014 - urgent order

Layan je lah budak nak ambil result UPSR. Nak bagi kawan katanya. 7 nama. 7 helai. Nama dia pun ada heheh. Macam2 idea demi BFF.
Gambar kat bawah ni sebelum dihias dengan riben kuning.

Jom tempah. RM10 sahaja sehelai. Tempah banyak, dapat lagi murah. Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.

Thursday, November 20, 2014

Ceria hand towel hari keluarga Desa Bestari

Wowwwyyy berwarna warni!
Alhamdulillah siap juga sulaman atas tuala tangan saiz 12 inci x 20 inci ni.
Sulaman kali ini merupakan hadiah sumbangan daripada kami untuk Hari Keluarga Desa Bestari 2014. Sepuluh helai semuanya.
Sulam dalam keadaan demam. Rupanya orang demam dalam hati ada warna warni. Ahaks!


Hadiah untuk si comel Amiratul Eimany

Canggihnya nama hihii. Ini hadiah untuk bayi anak kawan baik suami. Sulam atas tuala bayi saiz 20 inci x 40 inci. Simple sahaja tapi hasilnya comel.
Warna tuala yang kami pilih ialah oren.  Saja. Baby girl kan mesti maknya dah belikan segala-galanya Pink. So kita bagi muka dia jadi oren pulak sikit

Tuala tangan hadiah kenangan hujung tahun

Alhamdulillah selesai pun sulam 37 helai tuala tangan yang ditempah sempena tamat sesi persekolahan 2014. 
Pilihan mereka ialah tuala tangan berwarna kuning air (cream) bersaiz 12 inci x 20 inci.  Tuala ini kami sediakan.  Ia memang lembut,  tebal & cantik.  Kami pun suka :) 


Bagi yang berminat nak tempah seperti ini tapi tertanya-tanya berapa harga,  ok harga pukal (lebih 10 helai) untuk tempahan macam ni ialah RM9 sehelai. Biasa RM10 sehelai. Harga termasuk kain 100% cotton saiz 12 x 20 inci serta sulaman lebih kurang macam atas ni. Kain tuala saiz ini dipanggil hand towel. Tapi ramai juga yang panggil tuala muka. Ia dari jenis tebal, lembut & cantik. Penghantaran percuma sekitar 10 km dari kawasan rumah saya di Sepang. 
Boleh whatsapp +60192303202