Musim bunga bermula.............. flora.. flora...
Khas untuk peminat sulam ~Nak tempah sulam tuala dan sapu tangan? Jadikan hadiah dan buah tangan bermakna. Touching sangat. "You already touched my heart" gitu! PM di page fb Sulamista
Monday, February 1, 2016
Monday, January 11, 2016
Harga Tuala Sulam
Ahah! Ini persoalan penting.
TB 01
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
"Berapa harga?", "Boleh PM harga?", "Kalau macam ni berapa ringgit?", "Harga pukal ada diskaun tak?" dan macam-macam lagi.
Sebenarnya kami tak dapat nak bagi harga tetap bagi sesuatu tempahan. Tak boleh ada 1 harga untuk semua tempahan. Sebabnya, setiap tempahan adalah berbeza. Ada yang nak wording panjang, ada yang nak tulisan besar, ada yang nak gambar kartun, ada yang nak tempah untuk lebih 100 orang, ada yang nak cepat, ada yang nak kena pos dan macam-macam lagi.
Cara penentuan harga sebenarnya bergantung pada fabrik dan jumlah stitches, iaitu jumlah mata jahitan.
Kadar biasa yang digunakan oleh tukang sulam di Malaysia ialah RM1 bagi setiap 1000 stitches. Murah tu.
Tapi bila pelanggan tanya harga, rumit nak jelaskan pasal stitiches ni, maka kami letak harga anggaran yang biasanya lebih rendah daripada harga per 1000 stitches.
Berikut ditunjukkan contoh harga bagi beberapa jenis fabrik & design. Harga tidak termasuk kos pos. Harga boleh berubah bergantung pada perubahan harga fabrik, perbezaan teks, perbezaan jenis dan saiz font, perbezaan design, perbezaan kuantiti dsb.
Kos pos biasanya RM6 bagi 500gm pertama, iaitu lebih kurang berat satu helai tuala dewasa.
Harga yang ditunjukkan adalah sebagai panduan kasar sahaja.
Semua tuala, sapu tangan dan seumpamanya adalah dari jenis 100% cotton, serap air & high quality.
ST 01
SAPU TANGAN saiz 12 inci x 12 inci
SAPU TANGAN saiz 12 inci x 12 inci
Sulam nama/teks sahaja, font saiz kecil, maksimum 10 huruf.
RM 4
TK 01
TUALA KECIL saiz 20 inci x 12 inci
TUALA KECIL saiz 20 inci x 12 inci
Sulam teks/nama sahaja, font saiz kecil & sederhana, kira-kira 10 perkataan.
RM 10
TB 01
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama sahaja dengan font saiz besar & decorative letter.
TB 02
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
TUALA BAYI saiz 20 inci x 40 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design ringkas.
RM 30
TKK 01
TUALA KANAK-KANAK saiz 24 inci x 48 inci
TUALA KANAK-KANAK saiz 24 inci x 48 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design.
RM 38
TDHQ 01
TUALA DEWASA (high quality) saiz 27 inci x 54 inci
TUALA DEWASA (high quality) saiz 27 inci x 54 inci
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design applique.
RM 42
TDP 01
TUALA DEWASA PREMIUM (very high quality) saiz 27 inci x 54 inci
TUALA DEWASA PREMIUM (very high quality) saiz 27 inci x 54 inci
[sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan, hadiah ibu bapa & kegunaan sendiri]
Sulam teks/nama dengan font saiz besar + design.
RM 45
Thursday, November 19, 2015
Sulam tuala kenangan perpisahan Tahun 6 berserta nama pelajar
Akhirnya alhamdulillah tepat jam 12.20 tengah malam hari terakhir persekolahan 2015 siap juga 50 helai tuala sulam ni. Seperti biasa kami menggunakan tuala 100% cotton yang berkualiti. Saiz tuala kanak2 ini ialah 25 inci x 50 inci. Tebal kainnya. Berat tuala ini antara 350g hingga 450g.
Selain tuala yang berkualiti, kami juga menawarkan kepada ustazah untuk sulam nama pelajar atas tuala tu. Maklumlah tahun depan mungkin ada yang masuk asrama, pastilah tuala yang ada nama 'panjang sikit umurnya' In sya Allah.
Ok selamat bercuti ye anak2 semua. Manfaatkan masa yang ada tau.
Friday, September 4, 2015
Selamat Datang ke Sulamista
Assalamualaykum & Selamat Sejahtera,
Selamat datang ke Sulamista. Blog ini untuk peminat sulam. Segala berkaitan sulam kita himpun kat sini ye!!!
Perkataan sulamista merupakan gabungan sulam dan ista yang bila digabungkan bermakna:
fahaman sulam atau fanatik sulam!
Kalau anda suka blog ini bermakna anda juga sudah mempunyai ideologi sulam di minda anda!
Pada asalnya kami guna nama jarum.air.mata. Tapi sekarang sudah tukar :) Inilah anjakan paradigma!
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.
Jumpa lagi!

Monday, March 23, 2015
Tulis nama atas batu eh atas sapu tangan hahaa
Masa zaman kanak-kanak dulu memang famous lagu ni. Skrip penuh tak hafal. Siapa nyanyi pun tak ingat, tapi tang "tulis nama atas batu" tak boleh lupa heheh...
Hari ni nak share beberapa gambar latest projek ekspres rakyat sulam nama atas sapu tangan. Setiap sapu tangan adalah unik. 36 helai semuanya. 36 helai nama kawan 1 kelas. Hadiah untuk kawan-kawan sempena hari jadi. Untung la kawan2 tuuuu. Dapat sapu tangan siap nama sendiri.
Comel kan.
Sapu tangan 100% cotton serap air & tebal. Sapu tangan ni saiz 12" x 12", agak besar sedikit berbanding sapu tangan murah saiz 10 inci (Kami tak sulam atas fabrik yang murah kerana lebih banyak reject je nanti. Kain mudah pecah)
Nak tempah untuk satu kelas juga? Kami juga pernah sulam seperti ini untuk penghuni rumah kebajikan dll.
Tempahan seperti ini biasanya hanya RM5. Harga termasuk sapu tangan! Murah & berbaloi-baloi!
Monday, February 16, 2015
Proses sulam dari komputer ke mesin sulam
Menyulam memang menyeronokkan. Ramai yang menyangka sulam menyulam ni senang sahaja. Hakikatnya ia agak rumit dan perlukan kemahiran. Banyak masa diperlukan untuk belajar. Ia perlukan kesabaran dan ketekunan. Dan lebih mencabar lagi ia memerlukan MODAL yang besar untuk membeli mesin sulam serta bahan-bahan pakai habis. Jangan lupa bahawa sulam komputer juga memerlukan Software. Maksudnya, kos. Design juga perlu dibeli. Kos lagi!
Berikut beberapa draf design sulaman yang dibuat di komputer yang kemudiannya 'direalisasikan' di alam nyata :)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.
Berikut beberapa draf design sulaman yang dibuat di komputer yang kemudiannya 'direalisasikan' di alam nyata :)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.
Labels:
cars,
Design,
Disney,
Embroidery,
hello kitty,
komputer,
mesin,
Sulam
Thursday, January 29, 2015
Testimoni pelanggan
Alhamdulillah thumma alhamdulillah, kami sentiasa menerima testimoni positif. Alhamdulillah juga kerana semua tempahan yang perlu dihantar secara pos selamat sampai ke tangan tuannya. Pujian untuk Pos Malaysia terutamanya kerana 'hari ini pos, satu malam sampai' :)
...dan banyak lagi. Sebenarnya pelanggan utama kami ialah kawan2, saudara-mara & jiran tetangga. Alhamdulillah mereka sentiasa berpuas hati. Dah jadi viral pulak <3
Gambar ni semua kami punya. Dilarang curi!
(maaf dalam dunia digital ada sahaja yang salah guna gambar orang lain)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.
...dan banyak lagi. Sebenarnya pelanggan utama kami ialah kawan2, saudara-mara & jiran tetangga. Alhamdulillah mereka sentiasa berpuas hati. Dah jadi viral pulak <3
Gambar ni semua kami punya. Dilarang curi!
(maaf dalam dunia digital ada sahaja yang salah guna gambar orang lain)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh PM di fb kami ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)